MRSM Kota Kinabalu Kini Dikenali Sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman

PAPAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM) Kota Kinabalu kini dikenali MRSM Tan Sri Musa Aman.

Katanya, beliau akan memantau penyaluran peruntukan RM600 juta itu bagi memastikan ia dapat memberi kesan kepada negeri ini.

“Saya juga akan memantau kawasan yang daif terutama tiga daerah termiskin di Sabah akan saya beri keutamaan setelah saya adakan perbincangan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memberikan tumpuan dan perhatian terhadap daerah ini,” katanya.

Beliau berkata Anwar dan kerajaan Persekutuan mempunyai matlamat untuk memastikan kemiskinan sifar di negara dapat dicapai pada tahun ini, justeru daerah miskin di Sabah itu harus dinaik taraf dengan pelbagai projek pembangunan dan pembangunan sosioekonomi rakyat.

“Pembangunan dari segi industri dengan kerjasama MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), keusahawanan kerjasama dengan KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) juga beberapa kerjasama lain termasuk dengan Kementerian Kerja Raya untuk baiki jalan,” katanya.

Tiga daerah termiskin di Sabah itu ialah Pitas, Kota Marudu dan Tongod.