KOTA KINABALU : Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 989 orang daripada 305 keluarga setakat 8 pagi berbanding 721 daripada 212 keluarga malam tadi.
Menurut kenyataan itu, daerah Membakut yang mula dilanda banjir petang semalam menempatkan 160 mangsa daripada 53 keluarga di satu PPS.
“Sebanyak 538 orang (177 keluarga) ditempatkan di tiga PPS Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, dan 13 orang daripada empat keluarga di satu PPS di Tambunan. Trend pemindahan mangsa banjir di Beaufort meningkat manakala di Membakut, Tambunan dan Kinabatangan kekal,” menurut kenyataan itu.
