KOTA KINABALU: Lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang sedia ada sekarang cukup strategik dan dianggap adil kepada semua pengguna dari daerah Utara dan Selatan Sabah.
Ketua Bahagian UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata ini kerana lokaliti serta perhubungan untuk ke KKIA sedia ada amat berpatutan kepada pengguna untuk ke Kota Kinabalu yang menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing.
“Ini berbeza jika KKIA dipindah jauh sudah tentu ia akan membebankan pengguna khususnya rakyat negeri ini yang akan menghadapi kenaikan kos pengangkutan untuk ke KKIA selain kos penerbangan.
“Saya percaya KKIA sekarang masih ada ruang untuk dibesarkan terutamanya dengan Terminal 2 sekarang yang tidak digunakan sepenuhnya,” katanya merujuk cadangan pemindahan KKIA ke Kimanis.
Sebelum ini, Pengerusi Qazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk DR Yusof Yacob menyatakan pemidahan KKIA ke Kimanis mengambil masa tiga hinggga lima tahun dan langkah itu memerlukan perancangan teliti.
QSB telah membuat kajian serta laporan lengkap mengenainya yang dibentangkan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) sebeluam dibawa ke peringkat kabinet.
Pada masa sama, Jeffery berkata adakah kajian lengkap kajian lengkap kuantiti kepenggunaan penumpang telah dibuat atau pun belum.
“Ianya saya anggap sebagai salah satu syarat utama pemindahan itu akan berlaku ialah apabila lapangan terbang yang sedia ada tidak dapat lagi menampung sepenuhnya jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang tersebut.
“Saya dimaklumkan KKIA purata 38 penerbangan terbang dan tiba setiap 12 minit jika dibandingkan dengan lapangan terbang Heathrow di London, kapal terbang yang terbang dan tiba purata dua minit, manakala lapangan terbang Changi Singapura setiap 4 minit..jika mengikut kajian itu bermakna KKIA masih rendah kepenggunaannya,” jelasnya.
Justeru, beliau menanggap cadangan pemindahan lapangan terbang ini adalah cadangan yang baik jika KKIA yang sedia ada tidak lagi memenuhi kehendak kepenggunaanya.
Dalam pada itu, beliau difahamkan QSB telah melantik sebuah syarikat dan perlu dijelaskan kriteria utama dalam melantik syarikat ini adakah mereka mempunyai kepakaran dalam pembinaan lapangan terbang sebelum ini.
“Saya difahamkan syarikat ini akan menanggung kos prelimenary (awalan) mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh QSB. Dari sudut pandangan umum kita akan menyatakan syarikat ini melakukan kebajikan dalam perniagaan sudah tentu ada timbal balik jika ada kita mahu kerajaan negeri melalui QSB menyatakan apa yang timbal balik yang syarikat ini dapat.
“Jika berlaku perpindahan kita difahamkan tanah atau tapak lapangan terbang yang sedia ada sekarang akan dimajukan sebagai tanah lanjutan baru untuk pembangunan Kota Kinabalu dan syarikat mana yang akan terlibat,” katanya.
Jeffery juga melihat ada keperluan persiapan jalan raya Pan Borneo atau hubungan jalan raya lain ke lapangan terbang baru ini mesti disiapkan sepenuhnya.
Ini kerana, katanya, jarak dari Kota Kinabalu ke Kimanis akan memakan masa dalam sejam jika jalan raya dalam keadaan baik tetapi jika sebaliknya ianya boleh sampai satu jam setengah.
“Oleh itu, saya percaya bahawa kerajaan negeri seharusnya memberi lebih tumpuan mengatasi masalah air dan eletrik di Sabah. Kita sering dengar banyak kawasan yang alami masalah air dan gangguan eletrik yang kerap. Bagi mereka, air dan eletrik jauh lebih penting daripada lapangan terbang yang baru,” kata Jeffery.