TAWAU : Polis menahan seorang lelaki warga asing aelepas disyaki terlibat dalam kes curi motor di sekitar kawasan Kampung Pasir Putih di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 25 tahun berjaya ditahan berdasarkan maklumat diperoleh di sebuah stesen minyak di kawasan Balung, Tawau.
Katanya, mengikut laporan polis dibuat mangsa, beliau menyedari kehilangan motorsikalnya selepas balik daripada aktiviti berjogging.
“Hasil tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau kemudiannya berjaya menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ni.
“Suspek berumur 25 tahun itu dikenalpasti tidak memiliki sebarang dokumen diri yang sah ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini semalam.
Jasmin berkata, polis turut merampas sebuah motorsikal bersama kunci pendua yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaa .
“Suspek bersama barang rampasan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelas Jasmin.