SEMPORNA: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran melibatkan tujuh buah rumah setinggan di Kampung Pangi, Semporna di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 9 pagi itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Ladin,55, ditemukan di bahagian ruang tamu salah sebuah rumah yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.02 pagi dan sepasukan 10 pegawai serta anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.
Dua kenderaan turut terbakar sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di kawasan seluas 1,309 meter persegi.
“Semasa proses pemadaman dilakukan, terdapat seorang mangsa ditemukan rentung di salah sebuah rumah yang terbakar pada pukul 11.16 pagi.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Menurut Madzlan, operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan sumber air terbuka daripada laut.
Operasi terkawal pada pukul 9.45 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari.