TAWAU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas serta merempuh penghadang jalan raya di Kampung Bukit, Merotai, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, mangsa dipercayai berumur berumur 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Ketika sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai tersepit dalam kereta tersebut berikutan impak kejadian kemalangan berkenaan.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah memaklumkan, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima menerusi talian MERS 999 pada jam 5.11 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, sepasukan anggota bersama jentera diketuai Komander Operasi, PBK II Syed Salipudin daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian 32 kilometer dari BBP.
“Pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan rescue tools (RTA).
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 5.50 pagi tadi,” katanya.