Oleh Aktivis Sosial Salman Nurillah
KOTA KINABALU; Dalam kesibukan Umat Islam menjalani Ibadah puasa, ianya tidak sedikit pun menyebabkan masyarakat untuk tidak berbicara tentang politik terutama sekali PRN Sabah ke-17 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sebelum Oktober tahun ini.
Masyarakat terutama Pengundi Cina terus mengeluarkan pandangan dan pendirian serta persepsi masing-masing tentang samaada parti pemerintah Negeri Sabah pimpinan GRS sekarang akan dapat terus mentadbir negeri ini usai PRN17.
Dalam kalangan kelompok masyarakat atau pengundi yang masih yakin dengan kekuatan pengaruh GRS, terdapat juga kelompok pengundi terutama pengundi atas pagar yang merasakan bahawa sentimen parti tempatan akan menjadi topik utama dalam meraih sokongan dan undi pada PRN17 nanti.
Berbeza dengan senario PRN16, kini mula kedengaran suara di kedai-kedai kopi pengundi Cina berkata “kita mau sokong itu Perahu oh ini kali”, sekali gus memberi gambaran keputusan parti tempatan Warisan bertanding secara solo dalam PRN menarik perhatian mereka.
Tinjauan yang dilakukan bagi melihat dan mendapat sendiri persepsi dan pendirian para pengundi terutama pengundi pengundi Cina yang kebiasaanya menyokong DAP kini cenderung untuk menyokong Parti Warisan sebagai pencabar kepada GRS yang tidak boleh dipandang sebelah mata.
Beberapa orang pengundi Cina ditemui memberikan pandangan bahawa mereka kini lebih cenderung kepada Parti Warisan bukan disebabkan mereka membenci parti yang kebiasaanya mendapat sokongan mereka tapi lebih kepada peringatan agar suara mereka tidak diabaikan.
Mereka berpandangan bahawa isu rasuah semakin menjadi jadi walaupun tetap disangkal oleh pemimpin GRS, tetapi mereka merasakan bahawa pengundi sepatutnya mempunyai kuasa untuk merubah lanskap politik dan isu rasuah tidak sepatutnya dipandang remeh.
Mereka juga berpandangan bahawa walaupun kebiasaanya pengundi Cina lebih memihak kepada calon calon DAP tetapi tidak semestinya pengundi Cina akan mengundi DAP disebabkan terdapat juga parti selain DAP yang menonjolkan calon calon berbangsa Cina seperti Warisan yang sememangnya dianggap sebagi “Multi Racial Party”
Keadaan ini juga lebih membuka ruang kepada mereka untuk memberikan undi mereka kepada Calon selain selain DAP leibh lebih lagi sejak akhir akhir ini DAP sepertinya sudah tidak berminat atau ‘hilang taring’ untuk memerangi rasuah seperti yang mereka perjuangkan sebelum PRU15.
Dalam erti kata lain krisis kepercayaan kepada perjuangan DAP yang kononnya sentiasa berjuang untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum ini.
Mereka berpandangan bahawa usaha yang diperjuangkan oleh parti warisan sekarang yang jelas menentang rasuah terutama yang sangat menonjol sekarang ini oleh beberapa ADUN GRS.
Mereka juga mengatakan bahawa mereka kini lebih cenderung untuk menyokong perjuangan warisan berbanding DAP atau MCA seandainya BN meletakkan calon berbangsa Cina seperti mana yang berlaku dalam silih pilihanraya sebelum ini.
Jika kita melihat senario sokongan pengundi Cina di Negeri Sarawak, yang mana mereka tidak mempunyai pilihan untuk mengundi Calon DAP tetapi juga boleh memilih calon Cina dari SUPP.
Jika ini menjadi panduan kepada persepsi pengundi pengundi Cina di negeri ini, Warisan mempunyai peluang cerah untk meraih sokongan masyarakat Cina jika meletakkan calon yang sesuai dan diterima ramai serta bersih daripada persepsi negatif pengundi terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa