Ketua Bahagian STAR Kuala Penyu Sokong Tindakan Dr Jeffrey

KUALA PENYU: Parti Soladariti Tanah Airku (STAR) menyifatkan tindakan parti keluar dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 sejajar dengan kehendak dan aspirasi rakyat Sabah.

Ketua bahagiannya, Jonas Sungim, berkata STAR Kuala Penyu bukan saja menyokong keputusan itu malah ia memenuhi aspirasi rakyat.

Katanya, tindakan Presiden parti, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan adalah keputusan berani dan melihat apa yang rakyat inginkan agar mereka mendapat pembelaan sebenarnya.

“Kita datang dari rakyat maka sesuailah mereka yang menentukan, kita harus memahami naluri mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, walaupun lima Adunnya tidak menyertai parti namun dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri maka khidmat mereka sebagai wakil sudah berkahir  dan mereka juga bukan lagi ahli parti.

“Presiden parti tahu dan sedar apa yang terbaik akan beliau lakukan untuk masa depan parti,” tegasnya.

Jonas berkata, selaku ketua bahagian parti, pihaknya telah menggerakkan jentera bahagian untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan termasuk menyatuni komuniti.

“Saya sendiri juga menghadiri majlis seperti perkahwinan, kesusahan, kenduri dan program santai masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya bersama beberapa ahli jawatankuasa bahagian akan menghadiri majlis soladariti di Keningau pada Sabtu ini sebagai sokongan bagi merancakkan program parti.