25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Kerajaan GRS-BN perlu selesaikan isu gaji pekerja, pengambilan tanah SFI – Abd Aziz

SIPITANG: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS-BN) perlu mengambil tindakan drastik sekali gus menyelesaikan isu tunggakkan gaji pekerja serta pengambilan tanah Sabah Forest Industries (SFI).

Ketua Warisan Bahagian Sipitang, Abd Aziz Taip berkata, ini susulan terdapat satu notis pengambilan tanah dikeluarkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah pada 05 September lalu kepada SFI.

AJK Warisan Bahagian Sipitang dalam lawatan ke SFI.

Katanya, pengambilan tanah ini menyebabkan pekerja serta penduduk setempat terpaksa mengosongkan kediaman menyebabkan mereka akan kehilangan sumber pendapatan utama.

“Lebih menyedihkan mereka diberi tempoh maksima selama tiga bulan dari tarikh pewartaan pertama pada 28 Julai lalu. Ini bermakna mereka dikehendaki mengosongkan tanah selewat-lewatnya pada 27 Oktober depan.

“Kita mahu campur tangan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk mengambil tindakan segera dengan mengutamakan kepentingan pekerja serta penduduk yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

And Aziz berkata, faktor gaji pekerja tertunggak ini sudah berlarutan sejak sekian lama kemungkinan besar mereka akan berhadapan dengan risiko dihalau keluar dalam tempoh terdekat.

“Pintu rundingan serta perbincangan tidak seharusnya ditutup sama sekali. Isu SFI merupakan legasi berlanjutan sejak zaman pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Hanya pemerintahan kerajaan negeri di bawah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal lalu mengambil langkah sangat proaktif dalam usaha menyelamatkan SFI.

“Kita ingin bertanya kepada GRS-BN adakah langkah ini selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya yang dilaung-laungkan mereka,” katanya.

Menurutnya, ketika ini kelihatan apabila tampuk pemerintahan beralih tangan, SFI bukanlah keutamaan untuk diselamatkan malah perlahan-lahan dilenyapkan pentadbiran kerajaan sekarang.

“Kita cadangkan agar kerajaan mengambil langkah segera dan mengemukakan jalan penyelesaian yang lebih adil serta memihak kepada kepentingan pekerja untuk manfaat bersama,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles