Jauteh Pesuruhjaya Polis Sabah Yang Baharu

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyematkan pangkat kepada Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah yang baharu, Datuk Jauteh Dikun di sini hari ini.

Jauteh, 56 tahun memangku jawatan itu sejak bulan lalu selepas Datuk Idris Abdullah bersara wajib.

Jauteh merupakan. anak jati Ranau berpengalaman luas,  pernah menjawat beberapa jawatan penting di Kontinjen Sabah.

Antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pada tahun 2011 sehingga 2012, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (2018 sehingga 2021) dan Timbalan PJP Sabah bermula 29 November 2021.

Dalam masa sama, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan PJP Sabah di antara Jauteh dengan penyandang baharu, DCP Shahurinain Jais yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua JSJ IPK Johor.

Acara menandatangani dokumen serah terima tugas tadi turut disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani.