LABUAN : Jabatan Imigresen Labuan melaksanakan Program Kad Akuan Diri Pekerja Asing kepada enam sektor yang dibenarkan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengarahnya, Raymond Entalai berkata, enam sektor tersebut membabitkan Pertanian, Perladangan, Pembinaan, Perkilangan, Perkhidmatan dan Pembantu Rumah.

Katanya, sehingga 28 Jun lalu Jabatan Imigresen Labuan tmenyerahkan sebanyak 25 I-Kad kepada pemeggang Pas Lawatan Kerja Pekerja Sementara (PLKS) kepada majikan.
“Pengeluaran I-Kad ini tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada majikan dan I-Kad ini sah laku berdasarkan kepada tempoh sah laku PLKS di keluarkan.
“Pemgeluaran I-Kad ini adalah untuk memudahkan pihak berkuasa membezakan pekerja asing dengan rakyat tempatan melalui sistem dokumen diri lebih bersistematik,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Raymond berkata setakat bulan Jun tahun ini, pihaknya menahan seramai 58 pendatang tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Tangkapan ini adalah hasil daripada pemeriksaan 1,059 warga asing melalui 252 operasi yang dijalankan secara berasingan sejak Januari tahun ini,” jelas Raymond.