Hajiji mengiringi Juhar Mesyuarat Majlis Raja- Raja di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja- Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, di sini semalam.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang bermula hari ini hingga Khamis.

Pada Selasa Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya.