Fraser & Neave Holdings Bhd beri komitmen berterusan terhadap pertumbuhan di Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU: Hubungan kukuh Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) dengan Malaysia Timur adalah bukti komitmen berterusan terhadap pertumbuhan di Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusan, Operasi Komersial Domestik (Malaysia Timur & Brunei), F&NHB Graham Lim berkata selaku peneraju dalam penubuhan kilang-kilang di Kuching
pada tahun 1966 dan Kota Kinabalu pada tahun 1971, pelaburan F&NHB telah memainkan
peranan penting dalam pembangunan kawasan-kawasan ini.

“Kami telah menyaksikan potensi pertumbuhan di Malaysia
Timur dan berazam sepenuhnya untuk memajukannya.

“Selaras dengan sambutan ulang
tahun ke-140, kami memberikan tumpuan terhadap penyempurnaan strategi kami untuk
mencapai kejayaan yang lebih besar serta menyumbang kepada kemakmuran negeri ini,” katanya pada Majlis Ulang Tahun F&N ke-140 di Kota Kinabalu pada Khamis lepas.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Graham berkata pelaburan terkini dalam penubuhan gudang dan tapak perkilangan air minuman di Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) merupakan tekad syarikat itu untuk kemajuan Malaysia Timur.

Tambahan lagi, katanya, pendidikan dan pemerkasaan masyarakat tetap menjadi teras F&NHB.

Dalam pada itu, Joachim dalam ucapannya menyifatkan perjalanan luar biasa F&N selama 140 tahun adalah bukti komitmen berterusan terhadap negeri Sabah & Sarawak secara keseluruhan.

Katanya usaha F&N Holdings Bhd dalam mencerap pembangunan industri tempatan, implementasi kelestarian dan kemakmuran ekonomi Borneo
yang merupakan satu indikator positif untuk melangkah ke hadapan bagi memacu ke arah ‘Sabah Maju Jaya’.