Dua warga tempatan ditahan disyaki miliki dadah

LABUAN : Polis menahan dua warga tempatan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di sebuah rumah di Taman Perumahan Mutiara, di sini, semalam.

Kedua-dua suspek ini melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun serta wanita, 31 tahun jam 12.40 tengah hari.

Hasil daripada tangkapan itu, pihak polis menemukan dadah dipercayai jenis syabu dengan anggaran berat 425.18 gram diletakkan di atas meja rumah terbabit.

Mereka disahkan positif dadah ditahan reman selama enam hari sehingga 10 Januari untuk membantu siasatan.

Permohonan reman dilakukan, Pegawai Pendakwa Inspektor Muhamad Shakiman dihadapan Hakim Mahkamah Majestrit Labuan, Kasfurrahman Abang Ahmad, di sini pagi tadi.

Kedua dua suspek dituduh di bawah  Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Jika sabit kesalahan boleh di hukum mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan mengikut Seksyen 32B(2) Akta Dadah Berbahaya 2952.