Dua lelaki warga asing maut, bot berlanggar di perairan Semporna

SEMPORNA: Dua lelaki warga asing maut selepas bot mereka naiki berlanggar bersama bot pelancong dalam kejadian di sekitar kawasan perairan laut Balimbang, Semporna di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Sabri Zainol berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemukan oleh orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati bot pelancong dalam perjalanan ke Pulau Mabul bersama 12 pelancong sekali gus berlanggar dengan sebuah bot laju.

“Kedua-dua mangsa berusia 45 dan 50 tahun menaiki terbabit sehingga menyebabkan kerosakan teruk kepada bot laju berkenaan.

“Kedua-dua mereka merupakan pengemudi dan penumpang bot laju terhumban ke laut dan dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Sabri berkata, usaha mencari kemudian dilakukan oleh orang awam termasuk bot pelancong yang terbabit.

“Kedua-dua mangsa ditemukan oleh orang awam selepas tenggelam di dalam air dalam keadaan tidak bernyawa.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Daerah Semporna untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” jelas Sabri.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan mengikut mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.