Dua bot nelayan Vietnam ditahan, rompak hasil laut bernilai Pulau Sibongor Kudat

KUDAT :  Dua bot nelayan warga Vietnam ditahan selepas dipercayai selepas leka mengaut hasil laut di sekitar 5.2 dan 4.4 batu nautika timur laut Pulau Sibongor Laut, Kudat di semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, semasa menjalankan pemeriksaan didapati 12 orang warganegara Vietnam berumur lingkungan 23 hingga 53 tahun mengendalikan kedua-dua bot terbabit gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, pemeriksaan lanjut  menemui lebih kurang 20kg Balat basah, peralatan menangkap Balat yang diperbuat daripada besi serta lebih kurang 600 liter minyak diesel.

“Kita anggarkan nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan serta hasil laut lebih kurang RM3.5 juta.

“Kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Maurice menyeru kepada masyarakat di Kudat untuk menyalurkan maklumat kepada Maritim Malaysia agar sebarang salah laku atau kegiatan jenayah dapat dibenteras secara serta-merta.

“Sebarang maklumat yang berlaku di laut boleh disalurkankepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” jelas Maurice.