KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, meminta penjelasan Menteri Kewangan Sabah berhubung perkhidmatan pengangkutan dan logistik melibatkan Yang di-Pertua Negeri Sabah serta Ketua Menteri Sabah.
Beliau membangkitkan perkara itu ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Shafie mahu kerajaan menjelaskan butiran berkaitan perkhidmatan tersebut termasuk aspek pengurusan dan perbelanjaan yang terlibat.
