Lima remaja ditahan bantu siasat vandalisme pondok ibadat di Putatan

Polis tahan lima remaja bantu siasat vandalisme pondok ibadat di Putatan

PENAMPANG: Polis menahan lima remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan kes vandalisme membabitkan sebuah pondok ibadat di Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, semua suspek ditahan pada 15 Julai selepas polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perbuatan vandalisme dan tidak mempunyai kaitan dengan unsur menghina atau menjatuhkan mana-mana agama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan, manakala kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.