150,000 pengunjung disasar ke Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Lebih 150,000 pengunjung disasarkan menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dari 23 hingga 27 September depan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Kasim Md Mansur berkata, lebih 100 peserta dari Malaysia dan luar negara dijangka menyertai pesta itu.

Katanya, selain pameran buku, pengunjung turut berpeluang menikmati diskaun pembelian buku serta menyertai lebih 50 aktiviti termasuk forum, seminar, bicara buku, pertandingan mewarna dan pameran STEM.

Beliau berkata, penganjuran itu turut menyokong usaha menjadikan Kota Kinabalu sebagai City of Literature.