KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) tampil memperjelaskan beberapa isu yang tular di media sosial berhubung keadaan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Menurut JKNS, pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) diberi rawatan berdasarkan sistem triage yang mengutamakan tahap kecemasan, bukan mengikut nombor giliran.
JKNS turut memaklumkan bahawa individu yang dilihat tidur di ruang lobi bukan pesakit yang menunggu rawatan, sebaliknya kebanyakannya ialah waris serta penjaga pesakit dari luar daerah yang menghadapi kekangan mendapatkan penginapan.
Selain itu, HQE akan memperkukuh pemantauan di kawasan lobi dan ruang menunggu, meningkatkan komunikasi kepada pesakit dan waris serta terus menambah baik pengurusan parkir dan kemudahan hospital demi keselesaan orang awam.
