KOTA KINABALU: Seramai 86 pemohon menerima bantuan tangki simpanan air yang diagihkan menerusi program Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi membantu penduduk yang memerlukan kemudahan simpanan air.
Penyelaras Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Zon Pantai Timur, Hajah Samsiah Usman berkata, bantuan tersebut disalurkan secara berperingkat kepada pemohon yang layak khususnya di kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan air.
Menurut beliau, penerima terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan bagi memastikan bekalan air dapat disimpan dengan lebih teratur.
Katanya, inisiatif tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat menangani cabaran berkaitan bekalan air dan keperluan harian.
Beliau berharap bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima.
