SEMPORNA: Aktiviti peniaga seafood jalanan (soroi) di sekitar pekan Semporna dikenakan tindakan dalam operasi penguatkuasaan oleh Majlis Daerah Semporna.
Dalam operasi itu, seramai sembilan anggota penguatkuasaan dikerahkan ke lokasi tumpuan bagi memantau serta mengekang aktiviti berkenaan.
Hasil operasi, sebanyak enam bakul berisi seafood disita, namun tiada sebarang kompaun dikenakan terhadap peniaga terlibat.
Barangan sitaan itu dilupuskan serta-merta di tapak pelupusan Taman Sempaul.
