SIPITANG: Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah di sekitar daerah ini, semalam.
Dalam operasi itu, lapan pegawai menyerbu empat premis dan memeriksa seramai 411 individu.
Hasil pemeriksaan mendapati semua PATI yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah.
Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Menurut kenyataan, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji PATI.
Orang ramai turut diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras kehadiran warga asing tanpa izin.
