TAMPARULI: Isu tuntutan hak 40 peratus Sabah tidak boleh disalah tafsir atau dialihkan kepada tanggungjawab lain.
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, cadangan mengutamakan kesihatan dan pendidikan berbanding tuntutan itu adalah tidak wajar kerana kedua-duanya di bawah bidang kuasa Persekutuan.
Katanya, hasil 40 peratus sepatutnya digunakan untuk memperkukuh sektor di bawah kerajaan negeri termasuk bekalan air, tenaga dan pembangunan luar bandar.
“Jangan kelirukan rakyat mengenai tujuan sebenar tuntutan ini,” katanya.
