Jeffrey Kitingan dilantik pengerusi SAMA, agensi baharu MAFFI

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah (SAMA), agensi baharu di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Pelantikan itu diumumkan dalam satu majlis di Wisma Pertanian, Kota Kinabalu, hari ini, dengan watikah disampaikan Menteri MAFFI Sabah, Datuk Jamawi Jaafar.

Menurut Jamawi, pengalaman Jeffrey sebagai bekas Timbalan Ketua Menteri dan menteri berkaitan sektor pertanian memberi kelebihan dalam memperkukuh peranan SAMA.

“SAMA akan berfungsi sebagai platform strategik untuk memasarkan produk agromakanan Sabah ke pasaran lebih luas termasuk peringkat antarabangsa,” katanya.

Agensi itu turut dijangka memainkan peranan dalam meningkatkan nilai tambah produk melalui aktiviti hiliran serta memperkukuh rantaian bekalan industri.