Operasi bunyi bising motosikal dipergiat di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU,: Jabatan Alam Sekitar Sabah dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menjalankan operasi bersepadu bagi mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising melampau.

Operasi yang diadakan di sekitar Kota Kinabalu itu melibatkan ujian tahap bunyi ekzos bagi memastikan pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Menurut JAS, penguatkuasaan akan diteruskan secara berkala susulan aduan awam berkaitan pencemaran bunyi yang semakin meningkat, khususnya di kawasan bandar.

Orang ramai turut digalakkan menyalurkan aduan melalui talian bebas tol atau platform dalam talian yang disediakan pihak jabatan.