KOTA KINABALU: Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi K.K.I.P. Sdn. Bhd., berkuat kuasa baru-baru ini.
K.K.I.P. Sdn. Bhd. merupakan syarikat strategik milik kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengurus dan membangunkan kawasan perindustrian utama di Sabah, termasuk menarik pelaburan serta membangunkan ekosistem industri.
Dalam kenyataan, Kumpulan Syarikat K.K.I.P. Sdn. Bhd. merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan itu dan menyatakan keyakinan terhadap pengalaman Ewon dalam menerajui syarikat berkenaan.
Pelantikan tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh tadbir urus dan hala tuju strategik K.K.I.P. Sdn. Bhd. selari dengan agenda pembangunan ekonomi negeri.
Kumpulan Syarikat K.K.I.P. Sdn. Bhd. turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan kepimpinan baharu bagi memastikan peranan kawasan perindustrian negeri terus diperkasa.
