Hajiji Yakin Kabinet Baharu Sabah Jadi Pemacu Kemajuan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yakin Kabinet baharu Negeri Sabah mampu membawa negeri itu ke tahap kemajuan lebih cemerlang.

Beliau berkata setiap menteri dipilih berdasarkan pengalaman dan kemampuan untuk memimpin kementerian masing-masing, serta memastikan kelangsungan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

“Setiap menteri memikul tanggungjawab besar. Amanah yang diberikan mesti ditunaikan dengan penuh dedikasi dan integriti, berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang,” kata Hajiji pada sidang media di Sri Gaya, selepas upacara angkat sumpah di Istana Seri Kinabalu.

Teks sidang media dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam. Hajiji menegaskan majlis itu memperkukuh iltizam kerajaan negeri untuk terus berkhidmat demi kepentingan rakyat dan masa depan Sabah.

Senarai Kabinet Baharu Sabah:

  • Ketua Menteri: Datuk Seri Panglima Hajiji Noor (GRS)
  • Timbalan Ketua Menteri 1 & Menteri Kerja Raya & Utiliti: Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam (GRS)
  • Timbalan Ketua Menteri 2 & Menteri Kewangan: Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (GRS)
  • Timbalan Ketua Menteri 3 & Menteri Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan: Datuk Ewon Benedick (UPKO)
  • Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan: Datuk Arifin Arif (GRS)
  • Menteri Pertanian, Perikanan & Industri Makanan: Datuk Jamawi Jaafar (PH)
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Rubin Balang (GRS)
  • Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi & Inovasi: Datuk James Ratib (GRS)
  • Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar: Datuk Jafry Ariffin (BN)
  • Menteri Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat: Datuk Julita Mojungki (GRS)
  • Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif: Datuk Nizam Titingan (GRS)

Hajiji menekankan kabinet baharu ini akan menjadi tonggak pembangunan negeri, selaras dengan visi SMJ 2.0 dan aspirasi rakyat Sabah.