TUARAN : Seorang warga emas berusia 87 tahun ditemui meninggal dunia berhampiran rumahnya di Kg Bayag Kiulu, Tamparuli, selepas dilaporkan hilang oleh ahli keluarga pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Balai Bomba Tuaran menerima panggilan pada jam 3.30 petang dari pihak polis yang memaklumkan kehilangan mangsa.
Pengadu mendapati mangsa, yang juga pesakit prostat dan memakai beg urin, tiada di bilik tidurnya sejak jam 6 pagi.
Komander operasi, PBK II Willaffreddie Bangot, berkata pasukan menemukan mangsa tidak sedarkan diri kira-kira 30 meter dari kediamannya. Petugas KKM kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan selepas kawasan disahkan selamat.
Seramai enam anggota dari BBP Tuaran terlibat dalam operasi menggunakan jentera D-Max dan EMRS.
Mangsa dikenali sebagai Jentina, lelaki tempatan berusia 87 tahun.
