Lebih 20 Tahun Bangunkan Kundasang, Dr. Joachim Janji Semua Penduduk Nikmati Manfaat!

RANAU: Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, calon GRS bagi DUN Kundasang, yakin mampu menang walau berdepan 10 penjuru. Dengan pengalaman lebih 20 tahun, beliau mahu teruskan pembangunan dan beri manfaat kepada semua penduduk.

Beliau menekankan Kundasang berpotensi menjadi destinasi pelancongan utama – cuaca sejuk, alam semula jadi indah, sungai sesuai aktiviti rekreasi, dan peluang pelancongan ekologi.

“Manifesto kami sederhana dan realistik, sambung pembangunan sedia ada,” kata Dr. Joachim.

Pembangunan bukan hanya di pekan, malah merangkumi kampung terpencil. Jalan dinaik taraf, pusat kesihatan dan sekolah diperluas, memastikan akses kemudahan asas untuk semua penduduk.

Sepanjang lebih dua dekad, beliau memperluas bekalan elektrik, bina loji rawatan air, dan naik taraf jalan raya untuk mudahkan pengangkutan hasil pertanian.

Golongan belia diberi peluang buka tanah sendiri dan sertai aktiviti ekonomi tempatan bagi masa depan mampan.

Pelancongan dan infrastruktur terus jadi fokus. Zon sungai dipelihara, projek jambatan gantung dirancang, dan setiap projek diagihkan secara adil dengan pendekatan berperingkat.

Dr. Joachim dilihat calon pilihan untuk meneruskan legasi pembangunan Kundasang.