Liga Super: Sabah FC catat keputusan seri aksi pertama di Stadium Likas menentang Kelantan TRW FC

KOTA KINABALU: Sabah FC sekadar meraih satu mata pada aksi pertama di Stadium Likas pada saingan Liga Super menentang Kelantan TRW FC, malam ini.

Jaringan pada minit ke-85 oleh Azhad Harraz dibatalkan selepas pemeriksaan VAR berada dalam kedudukan offside.

Ini merupakan mata kedua bagi Sabah FC selepas perlawanan pembukaan menentang Kuala Lumpur FC di Cheras pada 13 Ogos lepas mencatatkan keputusan 1-1.

Perlawanan seterusnya bagi Sabah FC adalah menentang Melaka FC pada 29 Ogos di Stadium Likas.