Pelan Tindakan Pelancongan Labuan 2025-2030 siap April ini – Zaliha

LABUAN : Pelan Tindakan Pelancongan Labuan 2025-2030 dirangka melalui Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo serta kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap sepenuhnya menjelang April ini.

Menteri Di Jabatan Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata, selepas siap nanti ia akan menjadi panduan strategik untuk membangunkan sektor pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pelan Tindakan ini akan menjadi panduan strategik dengan mengariskan pelbagai inisiatif mampu membantu meningkatkan sektor pelancongan Labuan 2025-2030.

“Inisiatif ini adalah daripada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan,” katanya di sini baru-baru ini.

Zaliha berkata, beliau turut memberi penekanan kepada infrastruktur penting serta penambahbaikan perkhidmatan menyokong objektif pelancongan.