Ag Yusuf Ag Hitam terima anugerah Jasa Mu dikenang bangunkan Kampung Bangka-Bangka Likas

KOTA KINABALU : Sumbangan besar Awang Yusuf Awang Hitam  dalam meningkatkan prasarana serta kemudahan infrastruktur Kampung Bangka-Bangka Likas dihargai dalam Majlis Ambang Tahun Baharu 2025 di sini malam tadi.

Beliau merupakan individu pertama dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) sekali gus berusaha membawa masuk banyak pembangunan diperlukan oleh penduduk kampung.

Menyingkap sejarah penubuhan kampung tersebut bermula pada akhir tahun 1984 hanya dihuni 33 buah rumah kini menjadi kampung tumpuan di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Awang Yusuf menyampaikan cendera kenangan kepada pengadil makanan, Sukma Tokong.

“Pada ketika itu, sebut nama Kampung Bangka-Bangka mesti orang akan seram mendengar kerana tinggal dalam kawasan hutan bakau.

“Pada ketika itu, saya merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya membawa pembangunan diperlukan penduduk kampung termasuk bekalan air, elektrik serta kemudahan jalan raya.

Azhar menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada Farrishyah Ezzah Zakaria.

“Sehingga pada tahun 1999, saya berpindah ke Tawau kemudian jawatan Pengerusi JKKK ini diberikan kepada adik saya iaitu Apong Awang Hitam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis anjuran Generasi Mujab dan Tiamban di Balai Raya Kampung Bangka-Bangka di sini semalam.

Antara pemenang cabitan tiket bertuah program ambang Tahun Baharu, anjuran Generasi Mujab dan Tiamban.

Ag Yusof berkata, pada ketika itu beliau berbangga kerana penglibatan aktif penduduk kampung dalam pelbagai kemasyarakatan serta aktiviti-aktiviti setempat sangat membanggakan.

“Ini terbukti apabila Kampung Bangka-Bangka Likas pernah merangkul beberapa kejuaraan termasuk meraih tempat kedua dan ketiga untuk Pesta Perahu Naga selama tujuh tahun berturut-turut.

Antara pemenang cabutan tiket bertuah Satia Damit dalam program malam tadi.

“Kampung Bangka-Bangka ini juga pernah beberapa kali menjadi johan dan naib johan dari segi kebersihan bagi program Gerakan Desa Wawasan (GDW), anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),” jelas Awang Yusuf.

Menurutnya, bukan itu sahaja, malah penduduk kampung ini begitu aktif dalam menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan termasuk aktiviti gotong-royong serta membersihkan kubur dan persekitaran kampung mereka.

Antara penerima cabutan tiket bertuah Azhar Amin dalam program malam
tadi.

“Kini sebut sahaja Kampung Bangka-Bangka, hampir ramai mengenali terutama dalam aktiviti dakwah di Masjid Nurul Hidayah serta dikelilingi kawasan perumahan elit.

Jariah Awang Hitam menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah pada program malam tadi.

“Secara peribadi saya ucapkan terima kasih atas anugerah ini….Saya sangat berbangga menerima anugerah ini, lebih-lebih lagi ia diberikan iaitu dalam kalangan keluarga terdekat iaitu ‘Mujab dan Tiamban’,” kata Awang Yusuf.