74 komuniti di Tongod terima sumbangan sempena Hari Krismas

TONGOD : Sebanyak 74 komuniti gereja Tongod menerima sumbangan secara keseluruhannya berjumlah RM50,000 sempena perayaan hari Natal tahun ini.

Sumbangan sentuhan kasih disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah bagi membantu jemaah gereja menjalankan aktiviti keagamaan pada 25 dan 26 Disember ini.

Masiung berkata, setiap gereja menerima sumbangan antara RM500 hingga RM2,000 merupakan bantuan tahunan diagihkan menjelang Hari Natal.

“Saya akan sentiasa mengikuti libat urus dalam apa jua program pembangunan keagamaan di daerah ini.

“Kita mengesa pemimpin komuniti gereja di kawasan Kuamut supaya mengutamakan keindahan luar dalam bangunan gereja menerusi projek gotong-royong di kalangan jemaah,” kata Masiung.