Han Fook Chiew kekal Pengerusi DAP Labuan

LABUAN : Han Fook Chiew mengekalkan jawatannya   sebagai Pengerusi DAP Labuan bagi sesi 2024-2027.

Beliau mengekalkan jawatan itu pada sesi pemilihan pucuk kepimpinan parti DAP Labuan pada Majlis Konvensyen Tahunan Parti  DAP Labuan 2024 diadakan di di sini Ahad lalu.

Turut dipilih pada sesi pemilihan  itu ialah Jeremy Wong Kean Kit sebagai Timbalan Pengerusi manakala Chin Khin Fatt @ Peter dan Kong Fen Siew @Ibrahim Kong masing dipilih sebagai Naib Pengerusi Satu Dan Dua.

Jawatan Setiausaha disandang Koh Chien Chee @ Vincent dan  Kong Jeng Li dilantik sebagai Penolong  Setiausaha.

Sementara itu jawatan Bendahari diamanahkan kepada Poh Yang Sheng, manakala wartawan Oversea Chinese Daily News, Tong Pihak Kong dilantik sebagai Setiausaha Publisiti parti itu.

Majlis perasmian konvensyen tahunan itu dirasmikan Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang juga Ahli Parlimen Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu Chan berkata, DAP kekal sebagai platform penting untuk rakyat berhubung dengan pemimpin kerajaan bagi memudahkan urusan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, DAP akan terus komited yang tidak berbelah bagi terhadap kebajikan dan perpaduan.

Mengulas kepimpinan DAP Labuan yang 70 peratus Ahli Jawatankuasanya merupakan muka baharu mencerminkan dedikasi DAP Labuan untuk meraikan pelbagai perspektif dalam barisan kepimpinan dengan  mengutamakan perpaduan Dan kesejahteraan rakyat.