UMS Perkukuh Jalinan Kerjasama bersama LJ Resources

 KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak industri bagi memberi manfaat khususnya kepada pelajarnya.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kerjasama meliputi bidang penyelidikan, penerbitan, konsultasi dan projek komuniti untuk meningkatkan pengetahuan pelajar.

Katanya, ia juga meliputi program latihan untuk memajukan kemahiran profesional serta perkongsian data dan bahan untuk tujuan akademik dan penyelidikan.

“Selain pendidikan formal, UMS komited untuk menyediakan latihan tambahan, kursus profesional, dan peluang pembangunan untuk pelajar bagi membantu melengkapkan diri dengan kemahiran serta pengetahuan relevan dengan industri.

“LJ Resources merupakan sebuah syarikat penyedia latihan terkemuka di Labuan yang menunjukkan komitmen dalam memberikan latihan berkualiti tinggi berdaftar diiktiraf HRD Corp menunjukkan komitmen dalam industri latihan,” katanya.

Kasim berkata, kerjasama tersebut akan menyatukan kekuatan serta kepakaran UMS bersama LJ ResourcesEnterprise yang akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.