LABUAN : Labuan IBFC Inc menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Rektor Universiti Indonesia (CRISU) bagi memudahkan latihan pratikal untuk pelajar Universiti Indonesia.
Perjanjian persefahaman itu ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif Labuan IBFC, Datuk Iskandar Mohd Nuli, manakala CRISU diwakili Naib Setiausaha Agung CRISU, Prefesor Herman Fithra.
Sementara itu, Iskandar berkata MoU itu mencerminkan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan objektif bersama bagi memgembangkan kumpulan bakat dan memperkenalkan perpektif baharu.
Katanya, ini termasuk idea-idea yang inovatif serta beberapa pengalaman penyelidikan terutama dalam industri di Labuan.
“Inisiatif ini sejajar dengan Pelan Hala Tuju Strategik Labuan IBFC 2022-2026 yang menumpukan kepada penggalakkan latihan dan kemudahan pasaran.
“Perkongsian strategik ini akan memperkayakan bakat dalam industri perbankan untuk pengambilan perniagaan di Labuan,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.
Iskandar berkata, ini sekali gus memberi manfaat pengetahuan tempatan dan pandangan tentang pasaran Indonesia disamping meningkatkan aktiviti pembangunan pasaran di Labuan.
“Kerjasama diantara pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia dengan universiti Indonesia dalam mempromosikan pamahaman yang lebih baik tentang penyelesaian dan penawaran Labuan IBFC akan membantu penyebaran maklumat yang tepat,” jelas Iskandar.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Prof. Herman dalam ucapannya menyatakan keyakinan CRISU untuk bekerjasama bagi memberi pendedahan pelajar mengenai perniagaan yang dikendalikan IBFC Labuan.
Katanya, melalui kerjasama ini ia dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang hubungan antara perusahan domestik dan luar pesisir pantai.
