LABUAN : Sebanyak 42 Rumah Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) di Kampung Muslim Jalan Batu Arang musnah dalam kebakaran di sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abdul Rahman Ali berkata, kejadian pagi tadi itu menyebabkan seramai 261 penghuni setinggan kehilangan tempat tinggal mereka.
Katanya, pasukan bomba bersama seramai 33 anggota serta 10 pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 pagi tadi.
“Pihaknya meminta bantuan dari
Balai Bomba Labuan Sentral, Balai Bomba Layangan serta Balai Bomba Rancha Rancha bagi membantu memadam sepenuhnya kebakaran.
“Bagaimanapun api kemudiannya berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.39 pagi manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan dua daripada mangsa kebakaran mengalami kecederaan manakala seorang melecur di bahagian belakang.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Labuan untuk menerima rawatan lanjut termasuk seorang lagi cedera ringan melecur di bahagian kaki,” jelas Abdul Rahman.
“Agensi lain turut terlibat dalam operasi ini termasuklah, Majlis Keselamatan Negara (MKN), PDRM, Sabah Electricity serta serta Bahagian Bekalan Air (BBA).
