4 cedera jambatan roboh di Kampung Bangau-Bangau Semporna

SEMPORNA : Empat mangsa hanya mengalami kecederaan dalam kejadian jambatan roboh di Kampung Bangau-Bangau Semporna di sini semalam.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 8.04 malam tadi menyebabkan dua mangsa terbabit di hantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, dua orang lagi mangsa hanya cedera ringan dirawat oleh pasukan Emrs sekali gus menolak untuk di hantar ke Hospital Daerah Semporna.

“Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 8 malam sekali gus bergegas ke tempat kejadian berkenaan.

“Jambatan berukuran panjang roboh 300 meter itu mengakibatkan  rumah berhampiran turut roboh menyebabkan sebuah motorsikal jatuh ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, mereka yang tercedera tersebut dikenalpasti bukan warganegara Malaysia.