20 Ekor Lembu Dikorbankan Dalam Program Perdana Di Parlimen Libaran

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir mengadakan Program Korban Perdana Libaran  melibatkan 20 ekor lembu di  Masjid Raya Seri Aman Pekan Muhibbah, Sungai Manila Batu 12 , sempena Hari Raya Aidiladha di sini semalam.

Ibadat korban dianjurkan iini dilaksanakan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Libaran dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Libaran, UMNO Bahagian Libaran dan Masjid Raya Seri Aman Pekan Muhibbah.

Suhaimi dan isteri membantu memasak daging lembu. Yusof Teppo/SNT.

Suhaimi merupakan Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata, program Perdana diadakan pada hari raya kedua bagi mengagihkan lebih kurang 4,000 bungkus daging korban melibatkan 68 masjid serta surau, lima sekolah tahfiz dan golongan asnaf termasuk ketua-ketua cawangan khususnya di Parlimen Libaran.

“Alhamdulillah … Program hari ini dari pengurusan Pengerusi Biro Agama Amsain Jausin dan Awang Damit berjaya menumbangkan 20 ekor lembu dilaksanakan bermula jam 7.30 pagi sehingga 2.30 petang mula mengagihkan daging korban berkenaan,” katanya.

Beliau  berpuashati dengan perjalanan program berkenaan dengan kerjasama semua pihak termasuk pihak pengurusan UMNO Libaran diketuai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Mokran Ingkat dan Setiusaha UMNO Bahagian Libaran Asli Amat berjalan lancar.

Suhaimi yang dibantu oleh Amsain menyerahkan daging lembu kepada pengerusi-pengerusi masjid dan surau. Gambar Yusof Teppo/SNT.

“Walaupun ada sedikit kecederaan dari anggota team semasa mengendalikan lembu yang tiba awal tiga hari di perkarangan masjid ini, namun perlaksanaan program berjalan dengan baik,” katanya.

Suhaimi memberitahu program korban perdana ini adalah dilaksanakan pertama kali sebagai Ahli Parlimen Libaran tetapi sebelum ini program seperti ini dilaksanakan sejak 2007.

“Dengan perlaksanakan yang teratur dan baik tahun ini, insyallah kita akan laksanakan lagi pada tahun depan.

“Namun bukan lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila ini, mungkin di DUN Gum-Gum atau DUN Sungai Sibuga.

“Kita akan laksanakan secara bergilir-gilir di tiga kawasan DUN dalam Parlimen Libaran ini agar rakyat setempat dapat kesan dan berkerjasama ,” katanya.