15 rumah setinggan musnah dalam kebakaran

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Lorong Saga, Kampung Likas, di sini, malam tadi.

Sehingga kini direkodkan 17 keluarga terlibat di tempatkan di Dewan Serbaguna Likas.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. 

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan 400 kaki sumber air dari jentera FRT, water tanker dan pili bomba berdekatan dan berjaya mengawal kevakaran pada jam 8.38 malam. 

Setelah pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.47 malam.

Sepasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, dibantu oleh pasukan bomba dan jentera dari BBP Lintas dan BBP Penampang, telah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 7.29 malam.