‘Provokasi’ punca kekecohan persidangan UMNO Bahagian Lahad Datu – Polis

LAHAD DATU: Polis mengesahkan motif Provokasi menjadi punca kejadian kekecohan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian ini dibawah Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kejadian ini bermotifkan provokasi sehingga menimbulkan pergaduhan bagaimanapun Polis menghentikan perhimpunan terbabit sekali gus berjaya mengawal keadaan.

“Siasatan juga mendapati kekecohan tersebut didakwa berlaku akibat provokasi daripada segelintir penyokong calon yang bertanding dalam Pemilihan UMNO berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Rohan Shah berkata, kertas siasatan kejadian ini akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya dalam masa terdekat.