Kecelaruan Politik Sabah – Warisan berada di landasan terbaik kembali memerintah?

Oleh: Aktivis Sosial Salman Nurillah

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah merupakan Persidangan Pertama Penggal Kelima  berkemungkinan adalah persidangan terkahir DUN Sabah sebelum dibubarkan pada bila-bila masa dari sekarang. 

Jika DUN dibubarkan bermakna Rakyat Sabah akan sekali lagi memilih Kerajaan Negeri Sabah melalui Pilihanraya Negeri ke-17 (PRN-17).

Dengan spekulasi yang begitu banyak tentang parti mana yang akan bekerjasama untuk menghadapi PRN-17 ini, hanya Parti Warisan yang kekal dengan pendirian untuk bertanding secara Solo. 

Dengan pernyataan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu bahawa PKR akan bertanding sekurang-kurangnya 13 kerusi DUN, telah tersebar secara meluas spekulasi di Media Sosial yang PKR akan bertanding di Kawasan DUN seperti berikut: Tanjung Kapor, Bandau, Darau, Inanam, Api-Api, Petagas, Moyog, Bongawan, Sindumin dan Melalap.

Selain itu, Nabawan, Sg. Manila, Sri Tanjung, Merotai Jika spekulasi ini benar, ini bermakna hanya tinggal 59 kerusi yang akan ditandingi oleh BN dan juga komponen PH yg lain seperti DAP, Amanah dan Upko. 

Seterusnya agihan kerusi juga akan semakin mengecil jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan untuk bekerjasama dengan PH-BN yang mempunyai 8 parti sebagai komponen untuk berkongsi baki kerusi yang tinggal. 

Jika perkara ini berlaku, maka peluang Warisan untuk mengambil kesempatan dengan percaturan ini semakin tinggi.  

Baru-baru ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki pula mengesahkan bahawa terdapat satu atau dua Adun yang Viral dengan isu skandal Rasuah Perlombongan Mineral Sabah akan didakwa di mahkamah dan beberapa Adun yang terlibat juga mungkin akan turut menerima Nasib yang sama selepas ini.

Terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa Pengerusi GRS yang juga Presiden Parti Gerakan Rakyat Sabah (PGRS) DSP Hajiji Nor kini dalam dilemma untuk memutuskan samada perlu bekerjasama dengan PH-BN atau bertanding solo sbg GRS. 

Terdapat juga pandangan yang sedikit nakal yang menyatakan bahawa Hajiji perlu mengikut rentak Pemimpin Malaya jika tidak ingin menghadapi kesulitan terutama berkenaan skandal rasuah adun-adun beliau. 

Sekiranya GRS memutuskan untuk bekerjasama maka agihan kerusi juga akan semakin sempit tetapi jika tidak ingin berkerjasama maka kemungkinan ada konsekuensi lain yang akan berlaku.

Selain daripada itu, desakan anak belia terutama mahasiswa UMS yang semakin lantang menentang gejalah rasuah oleh pemimpin Sabah sehingga Kerajaan gagal untuk menyelesaikan perkara-perkara asas yang menjadi keperluan rakyat terutama Air, Letrik dan juga jalanraya.

Belum lagi menyentuh harga barang keperluan asas dan pengangguran yang semakin meningkat. 

Adalah sangat pelik dan tidak masuk di akal orang-orang yang berfikiran waras untuk menerima kenyataan bahawa Negeri yang kaya raya dengan sumber alam boleh dinobatkan sebagai Negeri Termiskin di Malaysia dengan 8 daripada 10 Daerah termisikin di Malaysia adalah di Sabah.

Dengan mengambil kira pernyataan di atas, adalah berkemungkinan besar Hajiji akan membubarkan DUN Sabah seawall Bulan Ogos 2025 ini dan PRN-17 mungkin akan diadakan pada Bulan September 2025. 

Pernyatan di atas juga memberi bayangan bahawa jika startegi Warisan mengena peluang untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Sabah untuk kali kedua adalah sangat-sangat cerah dengan sentiment Tolak Parti Malaya atau Parti-Parti yang bersekutu dengan Malaya serta menolak parti yang pemimpinnya terlibat dengan rasuah atau penyalahgunaan kuasa. 

Peluang ini juga terbukti dengan penolakan golongan belia kepada pemimpin yang terpalit dengan rasuah  golongan itu kini merangkumi 932,541 pengundi iaitu 55.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Sabah iaitu seramai 1,689,387 orang. 

Dengan kedudukan ini Pengundi Belia boleh menjadi “King Maker” dalam mencapai Keputusan PRN-17 kelak. Warisan kini perlu memanfaatkan situasi di atas dengan dan juga mendekati pengundi atas pagar yang juga boleh memutuskan kumpulan mana yang patut diberi peluang mentadbir negeri ini untuk 5 tahun mendatang.

Dengan situasi tersebut selain dukungan dan sokongan penyokong tegar Warisan sendiri dan tanpa mendahului Takdir, saya sangat yakin Warisan akan Kembali memerintah Negeri Sabah usai PRN-17 melabuhkan tirai. Insya Allah