Jemaah teruja tunai solat sunat Aidilfitri pertama di masjid baharu Sirajui Islam Tg. Aru

LABUAN: Hampir 1,000 jemaah turuja dapat  menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri buat pertama kalinya di Masjid Sirajul Islam (MSI) Tanjung Aru yang baharu sahaja siap dibina.

Turut teruja untuk bersembahyang sunat Aidilfitri di masjid berkenaan itu ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk  Suhaili Abdul Rahman.

Tinjauan juga mendapati beberapa penduduk luar Kampung Tanjung Aru mengambil kesempatan untuk sama sama menunaikan solat sunat Aidilfitri bukan sahaja kedudukannya terletak tidak jauh daripada jalan raya tetapi juga suasananya cukup kondusif.

Turut sama, menunaikan solat sunat Aidilfitri dimasjid bernilai RM5 juta itu Ketua Kampung Tanjung Aru Harun Damit, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sirajul Islam (MSI) Kifli Ag. Anak dan Ketua Imam Masjid Sirajul Islam Zainal Abdul Wahab.