PAPAR: SMK Takis mengulangi pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 3.14 dalam peperiksaan STPM 2025, sama seperti yang dicatatkan pada 2014 ketika sekolah itu muncul sebagai yang terbaik di Sabah.
Sekolah berkenaan turut meningkatkan GPS daripada 2.92 pada 2024 kepada 3.14 tahun ini, selain melepasi purata kebangsaan dan purata Sabah.
SMK Takis juga mengekalkan kelulusan 100 peratus bagi sembilan tahun berturut-turut.
Seramai 49 calon memperoleh CGPA 3.00 ke atas, termasuk tiga calon yang meraih keputusan penuh CGPA 4.00 iaitu Crystal Leyrra Marcellus, Nur Syazwani Abdullah dan Betche Benjamin.
Pihak sekolah menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil kerjasama erat antara guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbiran sekolah.
