Bekalan elektrik Kampung Delima hampir ke fasa pelaksanaan

KOTA KINABALU: Penantian penduduk Kampung Delima untuk menikmati bekalan elektrik yang sah kini memasuki fasa penting apabila proses semakan teknikal dan status tanah sedang dimuktamadkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bekalan Elektrik Kampung Delima memaklumkan, projek berkenaan telah melalui pelbagai proses sejak Februari lalu termasuk sesi penerangan bersama penduduk, pendaftaran pemohon, laporan teknikal, kelulusan izin lalu, pengukuran sempadan serta beberapa lawatan tapak bersama SESB dan DBKK.

Menurut kenyataan itu, Kampung Delima merupakan tanah rizab perkampungan milik kerajaan negeri di bawah pentadbiran DBKK dan tidak boleh dijual beli.

“Semua lokasi cadangan pembinaan enam Meter House dan sebuah pencawang utama kini sedang dinilai berdasarkan status tanah sebelum pewartaan Kampung Delima pada 2021.

“Sekiranya terdapat pelanggaran syarat, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan mengikut peraturan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan berharap proses semakan dapat diselesaikan dalam masa terdekat agar projek yang dinanti penduduk sekian lama dapat dilaksanakan.