KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah yang baharu, Datuk Zainudin Aman mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Kunjungan itu merupakan pertemuan rasmi pertama antara Zainudin dan Tun Musa selepas beliau dilantik sebagai SKN berkuat kuasa hari ini.
Zainudin sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebelum dilantik menggantikan Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong yang menamatkan perkhidmatannya pada 28 Jun lalu.
