MENUMBOK: Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua persatuan.
Presiden PAADIAN, Yusof Yacob berkata MoU itu menjadi landasan penting untuk mempererat hubungan khususnya dalam program kebudayaan, keusahawanan dan aktiviti yang memberi manfaat bersama.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani MoU bersama Presiden PBBS, Datuk Ruslan Muharam pada Mesyuarat Agung Dwitahunan PAADIAN 2026 di Dewan Pesta Nelayan Mempakul.
Sementara itu, Ruslan berkata PBBS komited untuk melaksanakan kerjasama tersebut dan menawarkan penggunaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Bisaya di Beaufort sebagai lokasi penganjuran program.
