Lebih 700 sertai larian amal bantu pesakit talasemia Sabah

KOTA KINABALU: Lebih 700 peserta menyertai Healthcare Charity Run 2026 yang menjadi platform menggalakkan gaya hidup sihat serta mengumpul dana bagi membantu pesakit talasemia di Sabah.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program itu selari dengan usaha memupuk budaya sukan komuniti dan meningkatkan kesedaran sosial.

Beliau berkata, kutipan dana akan disalurkan kepada Persatuan Talasemia Sabah bagi menyokong pesakit yang memerlukan bantuan berterusan.

Menurutnya, program berimpak tinggi seperti itu wajar diteruskan dan diperluaskan sebagai acara tahunan.