KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah menahan sebuah bot lampu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan secara haram menggunakan lampu di dasar laut, dalam operasi di perairan timur Tanjung Melanim.
Pengarah Maritim Sabah dan W.P. Labuan, Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, kaedah itu bukan sahaja melanggar undang-undang perikanan, malah menjejaskan usaha pemuliharaan sumber marin negara.
Katanya, pemeriksaan mendapati dokumen kru tidak lengkap dan dua kru warga asing berada di atas vesel berkenaan.
Kes itu disiasat lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, manakala tindakan tegas akan diambil jika sabit kesalahan.
